Rabu, 23 Disember 2009

Keputusan Mesyuarat AJK Penaja Kali ke-2

A'salammualaikum w.b.t & Salam 1Malaysia..

Pada 24hb November 2009 (Selasa) , satu mesyuarat AJK Penaja telah berlangsung di Balai Raya Kg. Btg Benar. Mesyuarat ini bertujuan untuk perlantikan AJK , perbincangan Majlis Perasmian Cawangan serta lain-lain hal. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Ketua Penaja iaitu Cikgu Anuar serta telah dihadiri oleh 13 AJK yang sentiasa memberikan sokongan padu kepada UMNO Perdana College Heights. Tetamu jemputan khas pada malam itu ialah En. Gani b. Daud selaku Naib Ketua UMNO Bahagian Seremban merangkap Pengerusi UMNO DUN Nilai bersama setiausahanya iaitu En. Kamaruzaman. Turut hadir ialah Pengerusi JKKK Btg Benar merangkap Ketua UMNO Cawangan Batang Benar, En. Mohd. Salleh Othman serta En. Rosli.






Antara perbincangan & keputusan ialah :

1.  Jumlah AJK yang dilantik ialah seramai 22 orang termasuk Pengerusi Tetap & Timbalan Pengerusi Tetap
2.  Semua AJK yang hadir bersetuju dengan perlantikan jawatan masing-masing didalam UMNO                   
     Penaja  Perdana College Heights.
3.  Ketua Penaja mengharap sokongan dan kerjasama yang kukuh dariapad semua AJK untuk menjayakan  
     sebarang program atau aktiviti yang dirancang.
4.  Memaklumkan bahawa ada pihak yang tidak bersetuju dengan penubuhan UMNO di PCH. Namun, 
    Ketua Penaja memaklumkan, keputusan penubuhan UMNO bukan soal kepentingan peribadi. Untuk 
    masyarakat PCH juga. Idealogi harus diketepikan kerana Kerajaan Negeri Sembilan di bawah pimpinan 
   Kerajaan Barisan Nasional dan UMNO adalah salah satu komponen BN. Jadi, harus diwujudkan utk 
    pembangunan masa akan datang.
5.  Juga dimaklumkan kpd AJK agar dapat berkomunikasi dgn baik jika ada pihak yang cuba menidakkan 
     penubuhan UMNO PCH. 
6.  Setakat Disember 2009, jumlah penduduk yang menyerahkan borang keahlian UMNO ialah seramai 77 
   orang dan 15 daripada telah mempunyai cawangan UMNO masing-masing sebelum ini. Apabila 
   tertubuhnya cawangan PCH, 15 orang ini akan dimasukkan ke cawangan PCH.

Majlis Perasmian Cawangan.


1.  Perancangan awal ialah pada 19hb Disember 2009. Namun ditangguhkan kerana Dato' Ishak ada program lain. Tarikh dan masa akan ditentukan kemudian dan dijadualkan Januari 2010 / awal Feb 2010.
2.  Tempat telah ditetapkan iaitu dihdapan rumah En. Asmadi (No. 560 - kalau tak salah) kerana akses trafik lebih mudah.
2.  Makanan dan minuman telah ditetapkan iaitu makanan yang ringan2 saje laa..
3.  P.A sistem akan diberikan perkhidmatan oleh En. Masri Mansor selaku salah seorang AJK UMNO PCH.
4.  2 buah kanopi akan disediakan oleh Pengerusi UMNO DUN Nilai.
5.  Jemputan VIP ialah Ketua UMNO Bahagian Seremban iaitu Dato' Hj. Ishak b. Ismail.
6.  Pemasangan bendera UMNO akan diuruskan oleh Ketua Penerangan iaitu En. Ramzi.

Isnin, 23 November 2009

Mesyuarat Jawatankuasa Penaja



Mesyuarat Jawatankuasa Penaja
UMNO Cawangan Perdana College Heights


TARIKH : 22hb NOVEMBER 2009 (SELASA)
MASA : 8.45 malam
TEMPAT : Balai Raya Kg. Batang Benar
AJK Jemputan : 20 orang

Agenda:
1. Ucapan Ketua Penaja
2. Perlantikan Jawatankuasa Penaja

3. Perbincangan Majlis Perasmian Mesyuarat Penaja
4. Hal-Hal Lain

Rabu, 18 November 2009

Ke arah pembangunan Perdana College Heights


Assalamualaikum.. dan Salam 1Malaysia..


Seperti mana yang kita ketahui, Perdana College Heights merupakan satu kawasan perumahan yang amat kurang daripada segi kemudahan asas untuk dimanfaat oleh semua penduduk. Dengan pemberian tanah seluas 8 ekar termasuk 0.25 ekar di tepi Suria Residences semesti memberikan satu sinar baru sebagai satu pusat komuniti keseluruhan penduduk PCH.


Kesungguhan dan keikhlasan amat penting dalam usaha untuk merealisasikan segala kemudahan yang sepatutnya telah dinikmati oleh semua warga PCH. Oleh yang demikian, segala bentuk permohonan adalah perlu disegerakan agar prosesnya dapat dipercepatkan demi pembangunan yang seimbang di PCH. 


Pihak Persatuan Penduduk Perdana College Heights begitu komited usaha ke arah ini tanpa berbelah bahagi serta semangat juang yang tinggi demi melihat generasi akan datang dapat menikmati segala kemudahan yang sepatutnya telah tersedia ini. Oleh yang demikian, Persatuan Penduduk Perdana College Heights telah berusaha untuk memohon agar disediakan empat (4) bangunan kemudahan bagi keperluan semua warga PCH. Bangunan tersebut ialah :


   1. Surau Tetap
   2. Pusat Aktiviti Masyarakat
   3. Bangunan Tadika KEMAS
   4. Sekolah Rendah


Walaupun pada dasarnya bukanlah satu usaha yang mudah untuk memperolehi segala permintaan ini, tetapi "langkah pertama" adalah segala-galanya. Tanpa semangat yang jitu, semuanya tidak akan terhasil. Jadi, saya menyeru kepada semua warga PCH agar bersabar dan sama-sama membantu mengikut kemampuan masing-masing bagi mewujudkan segala prasarana yang telah tersenarai di atas.


Segala-galanya adalah untuk warga PCH!!!


Semoga segala yang dirancang akan diberkati dan dipermudahkan oleh Allah S.W.T. InsyaAllah....


Bagi pihak UMNO, perasaan bangga atas usaha ini dan akan membantu bagi melicinkan lagi segala permohonan ...


Sekian.

Jumaat, 25 September 2009

SELAMAT HARI RAYA EIDULFITRI




Salam Lebaran kepada semua pelayar blog ini..

Di kesempatan ini, saya dan keluarga UMNO PCH mengucapkan SELAMAT HARI RAYA EIDULFITRI & MAAF ZAHIR BATIN kepada seluruh muslimin dan muslimat di Perdana College Heights, Pajam. Semoga anda bergembira di hari yang mulia ini. Berhati-hati semasa pulang ke kampung halaman masing-masing.

Di antara aktiviti yang dapat AJK Penaja laksanakan sebelum menjelang Hari Raya tempoh hari ialah :

1. Memasang pelita panjut di Perdana College Heights

2. Menyemarakkan lagi suasana Aidilfitri dengan sumbangan kuih Bahulu kepada setiap penghuni Islam di        Perdana College Heights.

InsyaAllah, jika ada rezeki lain, kami akan berusaha untuk meneruskan agenda perjuangan pemimpin UMNO terdahulu dalam mengukuhkan ikatan kemasyarakatan demi bangsa dan agama.

Semoga di Aidilfitri yang mulia ini dapat memberikan ketenangan jiwa kepada seluruh muslimin & muslimat semua.

Akhir kata, SALAM AIDILFITRI kepada semua penduduk Islam PCH dan pelayar blog ini.

Jumaat, 28 Ogos 2009

Kerja Menaikkan Banner Ramadhan

TERIMA KASIH KEPADA RAKAN-RAKAN YANG BERTUNGKUS-LUMUS MENAIKKAN BANNER KITA INI.

Rabu, 19 Ogos 2009

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK


Salam Ramadhan Al-Mubarak untuk semua pelayar blog ini terutamanya ahli UMNO di Perdana College Heights, Pajam. Terlebih dahulu saya mewakili seluruh jentera UMNO Cawangan (Penaja) Perdana College Heights mengucapkan Salam Ramadhan Al-Mubarak kepada semua muslimin dan muslimat.


Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, marilah sama-sama kita menghambakan diri kepadaNya dengan lipatgandakan amalan kita untuk memperoleh keberkatan hidup di dunia dan akhirat. Selain itu, di PCH, marilah sama-sama kita melangkah kaki ke Surau-Al-Falah ( no. 78 ) untuk menunaikan solat sunat Terawih, bertadarus dan sebagainya. Oleh itu, janganlah kita sesama penduduk PCH hendak berasa segan silu ke surau sementara kita kerana di situlah kita dapat saling kenal-mengenal dan beramah-mesra di antara satu sama lain.


Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada 70 orang ahli baru yang memberikan sokongan kpd jentera UMNO PCH demi merealisasikan impian dan hasrat untuk melihat pembangunan untuk penduduk menikmatinya suatu hari nanti. Harus diingat, negara Malaysia adalah negara politik. Jadi, penubuhan parti politik adalah perlu sejajar dengan Perlembagaan Negara yang mengamalkan sistem demokrasi terpimpin. Dengan 70 ahli yang memberi sokongan, insya Allah UMNO PCH akan terus berada di hadapan dengan slogan PM kita iaitu 1Malaysia!!!


Sekali lagi saya dan seluruh jentera UMNO PCH mengucapkan Selamat Menyambut Ramdhan Al-Mubarak dan selamat melaksanakan ibadah berpuasa.

Selasa, 14 Julai 2009

Kesinambungan Konsep 1Malaysia


100 hari pemerintahan Dato' Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak telah membawa satu anjakan paradigma dalam pemerintahan negara. Beliau telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam meneraju pucuk pimpinan negara. Marilah sama-sama kita memberikan sokongan yang padu kepada beliau dalam memajukan pembangunan negara disamping kita dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa dan harmoni di tanah air sendiri tanpa diganggugugat pihak2 yang tidak bertanggungjawab demi kepentingan diri sendiri. InsyaAllah...

Ahad, 12 Julai 2009

TAHNIAH UTK SEMUA AJK PENAJA

Pada bulan Jun lepas, satu mesyuarat J/Kuasa kerja penaja UMNO Cawangan PCH telah diadakan di Mantin. Alhamdulillah, sesungguhnya sokongan majoriti daripada yang hadir. Terima kasih saya ucapkan. Saya juga telah dipilih sebagai Ketua Penaja dan Pak Hassan sebagai Naib Ketua Penaja serta lain-lain jawatan.

Walaubagaimanapun, saya masih mengharapkan komitmen yang tinggi daripada semua jentera penggerak kerana untuk mendapatkan 60 nama keahlian yang 'fresh' bukanlah satu usaha yang mudah. jadi, amat besarlah harapan saya agar semua jentera dapat bergerak dengan bersungguh-sungguh demi kebaikan kita bersama.

Jumaat, 3 April 2009

JOM SERTAI UMNO PCH

Kepada semua penduduk Perdana College Height :

Marilah bersama-sama menyertai UMNO PCH demi kemajuan taman kita ini. Ketepikan perbezaan fahaman dan ideologi politik tuan/puan. Penubuhan Cawangan UMNO PCH ini sebagai satu talian membantu Persatuan Penduduk PCH untuk memohon sebarang kemudahan infrastruktur dan prasarana yang begitu kurang di taman kita ini. Jadi, kesimpulannya.. mudahlah berurusan dengan kerajaan yang memerintah iaitu Barisan Nasional dengan adanya UMNO Cawangan ini. InsyaAllah...
Sekian

Sabtu, 14 Februari 2009

Penubuhan Cawangan Perdana College Height


Salam harmoni kepada semua pelayar blog ini. UMNO masih sebuah parti melayu yang masih kukuh dan kebocorannya pasti dapat dibaiki. Dengan perasaan penuh tawadhuk, cadangan agar satu cawangan UMNO yang baru ditubuhkan di Perdana College Height untuk menjadi cawangan ke-12 DUN Nilai, NSDK